Untuk episod kali ini, El Baharin akan membawa penonton mengimbau kembali kenangan perkhemahan bersama dengan Persatuan Pengakap Negeri Sarawak di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pengakap Negeri Sarawak. Apakah aktiviti dan cabaran yang bakal mereka tempuhi?
Hos Anas Zawawi berada di Pasir Pandak, Petra Jaya, Kuching. Kawasan ini, terdiri dari dua kampung tepi pantai di kelilingi oleh bukit-bukit kecil, kebun kelapa dan dusun durian.
Siapa kata aktiviti perkhemahan hanya boleh dilakukan di dalam hutan jauh dari sungai atau aktiviti air? El Bahrin akan membawa penonton meneroka aktiviti & kemahiran di dalam air di Kuching Wetlands National Park bersama Cak.
Campervan adalah salah satu kenderaan yang kini popular dikalangan penggemar aktiviti perkhemahan sehingga sanggup berbelanja untuk mengubah suai kenderaan serta membeli barang kelengkapan perkhemahan untuk disesuaikan dengan campervan mereka namun ramai juga yang keliru di antara campervan, motorhome dan caravan. Anaz Zawawi bakal merungkai persoalan ini di dalam Jom Camping.
Rock Climbing adalah salah satu sukan yang digemari oleh generasi muda masa kini namun tidak ramai yang tahu aktiviti Rock Climbing juga boleh digabungkan bersama dengan aktiviti perkhemahan. El Baharin akan membawa anda untuk mempelajari sukan Rock Climbing ini dan apakah bentuk serta peralatan khemah yang bersesuaian dengan Rock Climbing.
Campervan adalah salah satu kenderaan yang kini popular dikalangan penggemar aktiviti perkhemahan sehingga sanggup berbelanja untuk mengubah suai kenderaan serta membeli barang kelengkapan perkhemahan untuk disesuaikan dengan campervan mereka namun ramai juga yang keliru di antara campervan, motorhome dan caravan. Anaz Zawawi bakal merungkai persoalan ini di dalam Jom Camping.
Dalam episod yang pertama ini, pengacara, El Baharin akan bertemu dengan Cak yang akan memberikan tunjuk ajar dalam perkhemahan Glamping serta dapat berkenalan dengan 2 buah keluarga yang bakal turut serta di dalam perkhemahan Glamping ini. Khabarnya, Cak akan memberikan cabaran kepada mereka. Agaknya siapa yang akan berjaya menyelesaikan cabaran?