Aurika minta izin Umi Ramlah untuk pergi ke pertunjukkan yang tiketnya dibeli oleh Azlan. Hud Haris menolak ajakan Katalia kerana alasan menemani mamanya, tetapi Katalia marah apabila mengetahui dia berbohong. Di pertunjukkan itu, Aurika bertekak sekali lagi dengan Hud Haris, yang mengatakan Aurika hanya pandai berangan. Ternyata Aurika memang kagum pada Katalia.
Aurika dibesarkan oleh Umi Ramlah, meniaga, sementara Aurika bekerja di Rumah Tan Sri Zukri. Aurika selalu membantu Manisah, anak Tan Sri Zukri, yang suka ponteng kelas. Azlan tidak setuju, tetapi Aurika bertegas. Manisah bercinta dengan Raden, dan Hud Haris ada masalah dengan tunangnya, Katalia. Pertemuan Aurika dengan Hud Haris merubah hidup mereka, bermula dengan pergaduhan. Di akhir episod, Aurika mempersoalkan namanya, risau dia anak tak sah. Umi Ramlah serba salah.