Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
235463

Aroma Sungkei Ep27

Resepi Ketam Goreng Telur Masin & Sayur Midin Goreng Belacan

1.Ketam Goreng Telur Masin:

Bahan-bahan:
5 ekor Ketam
7 biji bawang putih
6 biji Telur masin direbus
3 tangkai daun kari
3 cili padi
5 sudu mentega
1/2 tin Susu cair
Gula
Garam

Cara memasak:
Potong setengah setiap ketam
Goreng kering ketam
Cincang halus bawang putih dan cili padi
Cairkan mentega dan tumis bahan cincang
Masukkan daun kari
Masukkan Ketam
Tambah susu cair dan kuning telur masin
Masak selama 3 minit
Sedia dihidang

2.Sayur Midin Goreng Belacan

Bahan-bahan:
1 ikat sayur midin
5 bawang merah
3 tangkai cili padi
2 sudu udang kering
1 cm belacan
Garam
Gula

Cara memasak:
Kisar bawang merah, cili padi, udang kering dan belacan
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
Masak sehingga naik bau
Masukkan midin dan tunggu selama 2 minit
Masukkan garam dan gula
Sedia dihidang

More Like This