Resipi:
1. Ambal Masak Kari
Bahan-bahan:
500g Ambal
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 cm halia
2 batang serai
3 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan santan
Cara memasak:
Kisar bawang putih, merah & halia dan tumis sehingga naik bau
Masukkan serbuk kari & serbuk cili dan ambal yang telah direbus
Tunggu selama 2 minit dan masukkan santan
Biarkan mendidih dan siap dihidang.
Sedia dihidang.
2. Bubur Pulut Hitam
Bahan-bahan:
350g pulut hitam
6 cawan air, untuk merebus pulut
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
2 helai daun pandan
3 sudu cawan gula
5 sudu gula apong
1 sudu secukup rasa
Cara memasak:
Rendam pulut hitam sehari semalam dan rebus dengan 6 cawan air & daun pandan
Masukkan 5 sudu gula apong, 3 sudu gula dan secubit garam
Biarkan mendidih dan masukkan santan pekat satu cawan
Biarkan mendidih selama 2 minit & masukkan santan cair
Biarkan mendidih
Sedia dihidang