Percutian 3 Mak Dara di sekitar Kuala Selangor merupakan percutian ‘budget’ untuk menghindari tabiat suka berhutang ketika bercuti. Sambil melawat tempat-tempat yang menarik di Kuala Selangor, 3 Mak Dara juga berkongsi kisah bagaimana mereka berdepan dengan situasi orang yang ingin berhutang.
3 Mak Dara berhenti memasak di dalam ‘RV’ sambil Shahora berkongsi kisahnya bertemu dengan kucing jalanan.
Shahora dan Rita masing-masing mempunyai kucing peliharaan di rumah manakala Kak Engku tidak memelihara kucing. Disebabkan itu, mereka bertiga pergi ke tempat perlindungan kucing dan menjaga kucing-kucing tersebut secara suka rela.
Di episod ini, 3 Mak Dara membincangkan tentang pencarian ‘jodoh online’ yang kini menjadi trend di media sosial yang mempunyai kebaikan dan keburukan.
Masing-masing berkongsi pengalaman terhadap perkenalan dan perkahwinan. Di akhirnya, mereka bertiga memenuhi undangan majlis perkahwinan.
Percutian 3 Mak Dara menaiki ‘RV ’ di Colmar Tropicale Berjaya Hills memberi pengalaman kepada mereka untuk melakukan aktiviti lasak, melawat perkampungan Jepun dan menikmati minum petang sambil berbincang tentang topik ‘red flag’ dalam perhubungan.
Shahora kecewa apabila pihak produksi telah membatalkan penglibatannya dan mengambil ‘influencer’ yang mempunyai ramai pengikut di media sosial sebagai ganti.
Dengan kejadian yang menimpa Shahora, Rita dan Kak Engku berkongsi bagaimana susah senang untuk menjadi anak seni sehingga mampu memenangi anugerah. Namun, untuk menaikkan jumlah pengikut Shahora, Kak Engku dan Rita mengajak Shahora bermain Go- Kart.
Kak Engku yang gemar berkongsi segala aktiviti di media sosial sepanjang percutian bersama 3 Mak Dara telah ditegur oleh Rita dan Shahora yang mementingkan keselamatan.
Walau pun telah ditegur, Kak Engku tidak peduli dan tetap melayan pengikut di media sosialnya. Akhirnya, 3 Mak Dara telah diekori oleh seseorang yang misteri.
3 Mak Dara berada Pasar Seni Kuala Lumpur untuk berkongsi aktiviti di lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong dengan sejarah penubuhannya, keunikan dan kepelbagaian hasil seni.
3 Mak Dara telah menghasilkan kraftangan mereka sendiri daripada plastik dan mereka turut menghiburkan para pengunjung di Pasar Seni. Pengalaman berada di lokasi yang menjadi tempat budaya dan warisan negara telah membawa kepada perbualan mengenai ‘Old Is Gold’.
Rita Rudaini yang merupakan penerima Anugerah Ibu Ikon sangat berbangga dengan pencapaiannya di hadapan Kak Engku dan Shahora.
Bagi memastikan diri mereka sentiasa kelihatan muda, cergas dan sihat, 3 Mak Dara melakukan aktiviti menunggang kuda dan juga menjalani rawatan muka. Mereka turut berkongsi rahsia awet muda dan petua-petua tradisional untuk penjagaan diri.
Shahora yang suka mengumpul pelbagai jenis barang dalam beg telah ditegur oleh Rita dan Kak Engku yang seakan-akan pelik dengan tabiat Shahora.
Namun, tabiat suka mengumpul barang ini bukan sahaja terjadi kepada Shahora malah ianya turut dilalui oleh Rita dan Kak Engku. 3 Mak Dara bersembang tentang kesan kepada tabiat kumpul barang.
3 Mak Dara berkongsi kelebihan dan pengalaman masing-masing dalam melakukan aktiviti lasak. 3 Mak Dara menguji ketahanan fizikal mereka dengan bermain ‘ATV’ di dalam hutan. Disamping itu juga, 3 Mak Dara turut memberi pesanan dan nasihat kepada para wanita.
STRESS MAK-MAK – Raja Azura (Kak Engku), Sharifah Shahora dan Rita Rudaini bersiap sedia untuk menikmati percutian bersama dan bebas daripada kesibukan tugas-tugas harian sebagai ibu.
Kak Engku memberi kejutan kepada Shahora dan Rita dengan menyediakan ‘RV’ sebagai pengangkutan utama sewaktu percutian mereka.
Dalam perjalanan ke destinasi, 3 Mak Dara masih sibuk menguruskan keperluan suami, anak-anak yang menghubungi mereka. 3 Mak Dara bersembang tentang stress mak-mak yang bekerja mahu pun sebagai suri rumah.