Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan simbolik penyembelihan korban sempena Hari Raya Aidiladha
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan simbolik penyembelihan korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Majlis Islam Sarawak 1445h di Dewan Hikmah, Kuching, hari ini.
Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Pada majlis itu, tiga ekor lembu dikorbankan. Daging-daging korban diagihkan kepada 100 orang asnaf dari kawasan Kuching.
Terdahulu, Tun Wan Junaidi dan Abang Johari menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak.