Tun Wan Junaidi dan Abang Johari solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama umat Islam yang lain menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching, pagi ini.
Solat sunat Aidiladha dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.