Premier Sarawak serta isteri berkunjung ke rumah terbuka sempena Aidilfitri di Kuching
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hari ini meneruskan kunjungan rumah terbuka sempena Aidilfitri di Kuching.
Turut hadir pada majlis yang diadakan di DUN Sarawak ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.