Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Majlis Korban
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Majlis Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 2024 anjuran Jabatan Premier Sarawak dan Majlis Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Kerajaan Sarawak di Wisma SABATI, Kuching, hari ini.
Sejurus tiba, Abang Johari serta isteri menyempurnakan upacara simbolik melapah daging korban dan memasak sup daging korban.
Pada majlis itu, Abang Johari menyampaikan sumbangan kepada kakitangan Jabatan Premier Sarawak serta 10 golongan asnaf berupa daging korban dan wang tunai.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.