Perasmian Segmen Maritim Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025
Acara Gracing Ceremony di Segmen Maritim Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gimik perasmian kali ini menyaksikan penyusupan oleh anggota penyelam taktikal dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terjun dari
pesawat dan tiba di hadapan pentas dengan membawa kotak hitam yang berisi kad slot untuk diaktifkan oleh Perdana Menteri.