Terkini
KANOWIT, 26 April: Seramai 42 penduduk merangkumi lapan isi rumah di Kanowit terjejas susulan ribut kencang yang melanda di beberapa kawasan di sini pada petang Jumaat.
MIRI, 26 April: JobSarawak, hab pekerjaan berpusat milik Kerajaan Sarawak, menyertai Pameran Pendidikan, Kerjaya dan Keusahawanan Ke-4 yang berlangsung dari semalam, 25 hingga 27 April di Pullman Waterfront Miri.
MELAKA, 26 April: Polis menahan seorang pemandu kereta pacuan empat roda dipercayai terlibat dalam kes langgar lari mengakibatkan seorang pembonceng motosikal maut ketika sedang berhenti di lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Balai Panjang di sini malam tadi.
KUCHING, 26 April: Pendaftaran bagi Bantuan Kewangan Khas (BKK) berjumlah RM1,200 kepada pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia akan dibuka selama sebulan bermula 1 Mei ini bagi fasa pertama manakala fasa kedua pula dijadualkan bermula pada September depan.
KUCHING, 26 April:Langkah Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan pendidikan percuma bermula tahun 2026 mendapat perhatian positif dari beberapa negara di rantau ini, termasuk Timur Leste, Indonesia, dan Kemboja, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.