Terkini
MIRI, 26 April: Jawatankuasa Penstabilan Harga Barang yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan membentuk dua jawatankuasa teknikal bagi Sabah dan Sarawak untuk merangka tindakan lanjut dalam menangani isu harga barang secara lebih spesifik dan berfokus.
KUALA LUMPUR, 26 April: Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Semenyih, Selangor membawa kepada penemuan dua mayat dalam keadaan terbaring di lantai ruang tamu malam semalam.
KUALA LUMPUR, 26 April: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan melakukan penutupan dan lencongan jalan raya di beberapa laluan yang terlibat dengan perlumbaan berbasikal Kuala Lumpur OCBC Cycle 2025, bermula 6 pagi esok.
KUCHING, 26 April: Polis berjaya menahan enam individu yang disyaki terlibat dalam kes tembak mati seorang mangsa di dalam kenderaan dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian dilaporkan.
JAKARTA, 26 April: Empat pelajar maut manakala 11 lagi cedera selepas dinding tangki simpanan air runtuh di sebuah sekolah berasrama penuh Islam di Jawa Tengah, Indonesia, menurut pegawai pada Jumaat.