Terkini
TAWAU, 10 Mei: Buat julung kalinya, usahawan dari Sabah dan Sarawak disatukan dalam satu platform serantau menerusi Program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Borneo yang turut menyaksikan pelancaran garis panduan baharu SDSI 2.0.
PETALING JAYA, 10 Mei: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan satu pemeriksaan ke atas premis milik seorang individu yang sedang disiasat berhubung kandungan dimuat naik di akaun facebook miliknya, dipercayai mengandungi elemen jelik melampau berunsur agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).
PENAMPANG, 10 Mei: Seorang wanita berusia 58 tahun cedera selepas kaki kirinya dihempap sebatang kayu yang dipercayai rebah sebelum menggelongsor ketika dia berada di kawasan Kampung Kibambangan, Putaton Inobong, pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Lebih 600 atlet daripada sembilan kontinjen yang bersaing dalam sembilan acara sukan memeriahkan Kejohanan Sukan Antara Universiti Awam dan Agensi Awam yang membuka tirainya hari ini.
KUCHING, 10 Mei: Cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar usaha menuntut autonomi Sarawak dibawa ke Parlimen disifatkan sebagai satu cubaan untuk merampas hak yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.