Terkini
PETALING JAYA, 17 Mei: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan Joel Cornelli menyifatkan dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Bhutan dan Hong Kong, serta dua aksi berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai persiapan ideal menjelang tugasan pertamanya pada pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2026 di Dushanbe, Tajikistan.
SARIKEI, 17 Mei: Satu lagi mercu tanda baharu bakal menyusul di kawasan tengah Sarawak apabila sebuah jambatan yang menghubungkan Tanah Putih ke Parit Bugis akan dibina merentasi Batang Rajang bagi menyokong usaha pembangunan agropark moden di kawasan berkenaan.
JAKARTA, 17 Mei: Gunung Marapi yang terletak di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meletus sebanyak dua kali pagi ini serta memuntahkan abu setinggi antara 700 hingga 1,000 meter dari puncaknya pada jam 9.47 dan 9.54 pagi waktu tempatan.
KOTA KINABALU, 17 Mei: Di tengah-tengah rimba Borneo yang menghijau, tersembunyi kisah tentang manusia dan gajah berkongsi bumi yang sama. Bukan sekadar cerita tentang konflik, tetapi juga perjalanan mencari kesefahaman antara dua makhluk dalam kehidupan yang kompleks.
SERIAN, 17 Mei: Kajian Indeks Belia Sarawak 2.0 yang dijalankan bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.