Terkini
JOHOR BAHRU, 24 Mei: Pasukan bina badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak mencipta nama di peringkat kebangsaan selepas muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Bina Badan Piala Ketua Polis Negara 2025.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Impian beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2025 tidak kesampaian selepas tumbang kepada gandingan China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian pada aksi separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
KUCHING, 24 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini melancarkan sebuah buku biografi bertajuk Tan Sri Datuk Empiang: Legacy of Empowering Dayak Women yang mengisahkan perjalanan hidup dan sumbangan besar Tan Sri Empiang Jabu dalam memperkasa wanita Dayak.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Walaupun sesetengah pihak masih memandang sinis terhadap prospek (penghuni) penjara, Jabatan Penjara Malaysia melihat mereka sebagai individu berpotensi yang mampu berubah serta menyumbang kembali kepada masyarakat.
LAWAS, 24 Mei: Kerajaan giat melaksanakan pelan pembangunan menyeluruh bagi bandar Lawas yang merangkumi kawasan pusat bandar serta kawasan seberang sungai, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.