Terkini
JERTIH, 29 Jun: Ibu kepada Allahyarham Nurly Shahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada 9 Jun lepas meminta orang ramai yang menziarahi pusara anaknya supaya menjaga adab dengan tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat.
SHAH ALAM, 29 Jun: Tawaran menjayakan teater muzikal Rubiah diibaratkan bagai bulan jatuh ke riba buat dua teraju utamanya Didi Astillah dan Noorkhiriah, yang masing-masing menyimpan impian serta kenangan tersendiri tentang naskhah klasik itu.
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Polis menerima tiga laporan berkaitan insiden semasa perhimpunan di ibu negara petang tadi termasuk pergelutan yang menyebabkan seorang anggota polis cedera ringan.
KUCHING, 29 Jun: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee menegaskan bahawa bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM)Â perlu dikekalkan sebagai fokus utama dalam sistem pendidikan tanpa penambahan elemen baharu.
KUCHING, 29 Jun: Sambutan penutupan Hari Gawai ataupun ‘Ngiling Bidai’ anjuran Persatuan Kebajikan Masyarakat Asal Engkelili, Lubok Antu, Skrang (PELASAR)  berlangsung dalam suasana meriah  di Penview Convention Centre (PCC) Demak di sini, malam tadi.