Terkini
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Selepas lebih empat dekad mencurahkan bakti sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, akhirnya mendapat pengiktirafan apabila tersenarai sebagai penerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Di saat orang ramai hanya mampu menjerit di pesisir pantai, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain bertindak sebaliknya dengan terjun ke laut dan berenang pantas ke arah bot pelancong yang terbalik demi menyelamatkan nyawa, termasuk dua anak kecil yang sedang menangis ketakutan.
LIMBANG, 2 Jun: Atlet badminton Limbang, Zaini Garip, 73, mencatat kejayaan cemerlang apabila meraih pingat perak dalam dua kategori iaitu Kategori Berkumpulan dan Perseorangan Lelaki umur 70 hingga 74 tahun pada Temasya Sukan Master Sedunia, World Master Games (WMG) di Taipei, Taiwan dari 17 hingga 30 Mei 2025.
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mendahului senarai 104 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pemain sayap negara Muhammad Safawi Rasid bersedia menerima cabaran baharu apabila diberi tugasan bermain di posisi penyerang pada perlawanan antarabangsa bersama Harimau Malaya.