Terkini
IPOH, 5 Jun: Kemahiran berinteraksi dengan masyarakat, bekerja di bawah tekanan, memiliki pengetahuan luas dalam pelbagai isu serta bijak mengurus masa merupakan antara kelebihan yang dimiliki oleh seorang wartawan.
NEW DELHI, 5 Jun: Seramai 11 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam insiden rempuhan di Bengaluru, India pada Rabu di luar sebuah stadium tempat peminat kriket berkumpul meraikan kemenangan pasukan tempatan.
PETALING JAYA, 5 Jun: Kualiti perkhidmatan dan kepakaran petugas Institut Jantung Negara (IJN) mendapat pujian Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA, 5 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya projek perumahan rakyat yang baharu dibangunkan di atas atau berhampiran stesen pengangkutan awam sebagai langkah menggalakkan penggunaan perkhidmatan itu cara menyeluruh.
MOSCOW, 5 Jun: Dasar pentadbiran Trump untuk membatalkan visa pelajar China dalam bidang STEM yang dianggap sensitif mengancam masa depan akademik sekurang-kurangnya 112,049 individu – kira-kira 40.4 peratus daripada keseluruhan pelajar China di Amerika Syarikat (AS), menurut analisis RIA Novosti berdasarkan data Open Doors oleh Institut Pendidikan Antarabangsa (IIE).