Terkini
ISTANBUL, 16 Julai: Seekor ikan paus yang jarang ditemui telah terdampar di New Zealand dan pihak berkuasa mengakui bahawa tidak banyak yang diketahui mengenai spesies itu, lapor Agensi Anadolu.
GUA MUSANG, 16 Julai: Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
LIMBANG, 16 Julai: Kira-kira 10,000 pengunjung tempatan serta dari negara jiran, Brunei Darussalam bakal memeriahkan Pesta Makan Tahun Kedayan, anjuran Persatuan Kedayan Limbang (PKL) yang akan diadakan pada 2 hingga 4 Ogos depan.
SUNGAI BULOH, 16 Julai: Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
PETALING JAYA, 16 Julai: Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi menjadi tunjang kepada kebangkitan prestasi skuad negara ketika ini.