Terkini
TANJUNG MANIS, 12 Jun: Sebuah kereta jenis Toyota Avanza musnah dalam kebakaran di simpang Jalan Sarikei-Tanjung Manis, malam tadi.
ISTANBUL, 11 Jun: Lebih 2,700 kanak-kanak Palestin dikesan mempunyai masalah kekurangan zat makanan yang serius di Gaza dalam keadaan sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).
KUCHING, 11 Jun: Mahkamah Tinggi di sini dimaklumkan bahawa Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menggunakan bidang kuasa sedia ada untuk mengisytiharkan tuntutan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) terhadap Jaminan Bank (BG) yang dikeluarkan oleh Maybank Islamic Berhad adalah tidak wajar dan menyalahi undang-undang, batal serta tidak sah.
KUALA LUMPUR, 11 Jun: Orang ramai khususnya golongan berisiko tinggi disaran mendapatkan vaksinasi COVID-19 terkini yang disesuaikan dengan varian semasa bagi memastikan perlindungan yang lebih berkesan.
LONDON, 11 Jun: Brazil mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Paraguay 1-0 dalam penampilan sulung pengurus baharu Carlo Ancelotti di laman sendiri, menurut PA Media/dpa.