Terkini
KUANTAN, 15 Dis: Seorang suri rumah dan dua anaknya maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah treler di kilometer 17 Jalan Lipis-Benta, di Penjom dekat Kuala Lipis, awal pagi ini.
LANGKAWI, 15 Dis: Kemajuan teknologi yang berkembang pesat perlu disemak secara konsisten bagi memastikan kekuatan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kekal relevan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.
PUTRAJAYA, 14 Dis: Skim Perubatan MADANI telah merekodkan lebih 1 juta rawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta yang berdaftar sejak skim ini diperkenalkan pada 15 Jun 2023.
KUALA LUMPUR, 14 Dis: “The UAE Consensus” iaitu konsensus yang dicapai pada Persidangan Negara Ahli Kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-28 (UNFCCC-COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam merupakan satu titik bersejarah dalam komitmen global menangani isu perubahan iklim, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
KUALA LUMPUR, 14 Dis: Penyanyi dan penulis lagu, Nana Sheme, kini muncul dengan lagu terbaharu berjudul “Aku Mencoba” yang boleh didengari di pelbagai platform penstriman muzik digital sejak 1 Disember 2023.