Terkini
KUCHING, 28 Dis: Prihatin terhadap keluarga arwah Nur Haslinda Abdullah yang berhasrat untuk membawa pulang jenazah wanita itu dari Korea Selatan ke Sarawak, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri telah menghulurkan sumbangan pendahuluan berjumlah RM31,082.25 kepada Wisma Putra untuk tujuan berkenaan.
JAKARTA, 28 Dis: Kerajaan wilayah Aceh Utara mengisytiharkan status darurat bencana banjir selama 14 hari berikutan keadaan  banjir di kawasan itu semakin menjejaskan sebahagian besar wilayah itu sejak Isnin lalu.
KOTA BHARU, 28 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan untuk meninjau sendiri situasi banjir negeri.
GEORGE TOWN, 28 Dis: Seorang kerani akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 133 pertuduhan pecah amanah wang syarikat membabitkan lebih RM445,000.
PUTRAJAYA, 28 Dis: Masjid dan surau di seluruh negara dimohon mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara serta seluruh mangsa banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.