Terkini
PHNOM PENH, 29 Dis: Kemboja mengesan empat kes pertama membabitkan varian baharu COVID-19 JN.1 yang berkait rapat dengan varian BA.2.86, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang mencatatkan penurunan kepada 22,033 orang yang ditempatkan di 92 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini, berbanding 23,008 orang di 103 PPS pagi tadi.
PADANG BESAR, 29 Dis: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan pelbagai barang seludup bernilai lebih RM5.98 juta, dengan nilai cukai dianggarkan RM3.85 juta.
SEOUL, 29 Dis: Kerajaan Korea Selatan akan melancarkan visa “cuti sambil kerja” atau “workation” tahun depan bagi membolehkan warga asing melancong ke seluruh negara sambil bekerja jarak jauh, lapor Yonhap memetik Kementerian Kehakiman pada Jumaat.
BAITULMAQDIS, 29 Dis: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bantuan yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza tidak mencukupi, menyebabkan 40 peratus penduduknya “berdepan kebuluran” susulan sekatan Israel terhadap kemasukan trak bantuan.