Terkini
TOKYO, 23 Jun: Harga purata beras di Jepun jatuh di bawah 4,000 yen (US$27) bagi setiap lima kilogram (kg) buat kali pertama dalam tempoh kira-kira tiga setengah bulan kepada 3,920 yen, kata kerajaan pada Isnin, dengan pengagihan stok simpanan yang meningkat dipercayai membantu menurunkan harga.
KUCHING, 23 Jun: Sarawak menyatakan komitmen tinggi untuk meneroka kerjasama serantau berkaitan pengurusan air secara mampan, sejajar usaha memastikan keterjaminan bekalan air serta menangani cabaran perubahan iklim di rantau ini.
ARAU, 23 Jun: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri kepada 185 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82 pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat itu yang berlangsung di Istana Arau di sini hari ini dan Khamis ini.
SEPANG, 23 Jun: Syarikat penerbangan tambang rendah jarak sederhana, AirAsia X Bhd merancang menjadikan rantau Asia Tengah sebagai fokus utama bagi peluasan rangkaian penerbangannya, disokong potensi permintaan pasaran yang tinggi dan kurang diteroka syarikat penerbangan komersial.
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melonjak semula untuk ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan geopolitik yang meningkat susulan pengeboman kemudahan nuklear Iran oleh Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.