Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Terkini

KUCHING, 4 Jan: Pusat Jantung Sarawak menyumbang RM100,000 khusus untuk memberi subsidi atau menaja pesakit daripada golongan berpendapatan rendah bagi menjalani ujian genetik penyakit kardiovaskular yang diwarisi, di pusat berkenaan.

TOKYO, 4 Jan: Korban akibat gempa bumi di Ishikawa Jepun meningkat kepada 78 orang setakat pagi Khamis, selepas beberapa siri gempa bumi mencecah sehingga 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya, lapor Xinhua.

TEHRAN, 4 Jan: Sebanyak dua letupan yang berlaku berhampiran dengan tanah  perkuburan jeneral Iran Qassem Soleimani meragut nyawa sekurang-kurangnya 95 orang dan mencederakan lebih 210 yang lain pada Rabu, lapor media tempatan.

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Penghidap penyakit gout berisiko terkena jangkitan kuman sekiranya dengan sengaja mengeluarkan cecair yang terkandung dalam tophi iaitu benjolan yang terbentuk di bawah lapisan kulit mengandungi asid urik.

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Bekerja dalam dunia profesional dengan pendapatan kasar mencecah lebih RM5,000 sebulan, menetap di ibu kota, tidak berkahwin dan berada  dalam kategori M40 sering kali dipinggirkan daripada menerima bantuan yang disediakan kerajaan kerana diklasifikasikan sebagai tidak layak.

Popular