Terkini
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan tahap waspada berlaku di beberapa daerah di Pahang dan Johor hingga esok.
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang terus meningkat dengan sebanyak 8,578 mangsa berlindung di 78 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini berbanding 5,394 mangsa di 63 PPS, pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Aksi bersahaja Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda, menarik perhatian ramai.
LIMBANG, 8 Jan: Sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) RC Kubong Limbang, berjalan lancar dan beroperasi seperti biasa hari ini walaupun terjejas banjir susulan hujan lebat yang berlaku pada petang semalam.
KUCHING, 8 Jan: Kerajaan Sarawak mempunyai hala tuju yang jelas dalam agenda pendigitalan, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.