Terkini
BEIJING, 23 April: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) terkini menurunkan unjuran pertumbuhan global bagi 2025 kepada 2.8 peratus, susut sebanyak 0.5 mata peratusan berbanding anggaran Januari lepas, lapor Xinhua.
KUALA LUMPUR, 23 April: Tindakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan wajar dikenakan tindakan undang-undang, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
SIBU, 23 April: Seorang lelaki berumur 38 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai akibat terkena tembakan ketika berburu bersama rakannya di sebuah ladang kelapa sawit di Pasai Siong Tengah dekat sini pada Isnin lalu.
PUTRAJAYA, 23 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta agensi agama di peringkat negeri bagi menangani isu produk makanan import dari Indonesia yang dikatakan mengandungi DNA babi (porsin).
PUTRAJAYA, 23 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal baharu, bertujuan menangani isu harga serta bekalan barangan keperluan harian rakyat secara lebih strategik dan berterusan.