Highlights
BETONG, 21 September: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengumumkan keputusan pengambilalihan pegangan majoriti dalam Affin Bank Bhd oleh Kerajaan Sarawak pada minggu hadapan.
KUCHING, 21 Sept: Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak meraih USD4.2 bilion dalam perkongsian strategik yang memacu pembangunan loji hidrogen, infrastruktur sokongan dan inovasi seperti Transit Aliran Autonomi (ART) bagi menghasilkan tenaga hijau secara mampan untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
KUCHING, 21 Sept: China melabur sebanyak RM19.9 bilion dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak yang turut mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan ekonomi di rantau ini dengan ketara.
BETONG, 21 Sept: Kerajaan Sarawak menyasarkan kapasiti penjanaan tenaga elektrik sebanyak 10,000 Megawatt (MW) menjelang 2030 sekali gus membuka jaringan kuasa tenaga merentasi Borneo yang memberi pulangan positif kepada masa depan negara.
KUCHING, 19 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai visi dan hala tuju yang jelas untuk membangunkan sektor bernilai tinggi.