KUCHING, 15 Ogos: Atlet wushu Selangor Mandy Cebelle Chen menyumbang pingat emas kedua kepada kontinjen Selangor.
MIRI, 15 Ogos: Skuad sofbal lelaki Sarawak yang tewas tipis 8-9 kepada Johor dalam aksi pembukaan hari ini optimis peluang untuk meraih pingat masih belum tertutup.
MIRI, 15 Ogos: Para penyokong melaungkan kata-kata semangat kepada pasukan acara sofbol Sarawak yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, pagi ini.
IPOH, 15 Ogos: Meskipun merupakan penampilan kali pertama di pentas paralimpik, namun pemanah para negara Nur Jannaton Abdul Jalil tidak mahu sekadar ‘makan angin’ sebaliknya bertekad mempamerkan aksi cemerlang di Sukan Paralimpik yang akan berlangsung di Paris pada 28 Ogos hingga 8 Sept ini.
BINTULU, 14 Ogos: Insiatif Kerajaan Sarawak menghantar beberapa atlet Sarawak yang terlibat di dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 untuk mendapatkan latihan di luar Sarawak dilihat berbaloi dan memberi impak positif.
Copyright © 2025 Sarawak Media Group Sdn Bhd 201801013814 (1275830-A)