Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sukan

KUCHING, 23 Jun: Pasukan PBB Cawangan N4 Pantai Damai dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Petanque Klasik 2.0 DUN N4 Pantai Damai 2025 yang berlangsung meriah di Gelanggang Petanque Kampung Santubong.

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Jaguh powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin terus memperkukuh reputasinya di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) pada Piala Dunia 2025 di Beijing, China, hari ini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Jaguh para badminton negara Cheah Liek Hou terus mengukuhkan reputasinya selaku pemain nombor satu dunia apabila merangkul dua gelaran di Kejohanan Badminton Para Asia 2025 yang berlangsung di Korat, Thailand, hari ini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Pelumba sensasi negara Hakim Danish Ramli terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kedua selepas dipintas pada saat akhir dalam Perlumbaan Dua Pusingan Keempat Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di Litar Mugello, Florence, Itali, hari ini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh sedia mengambil tanggungjawab penuh termasuk melepaskan jawatannya sekiranya gagal membawa pasukan Malaysia layak ke Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung pada Ogos tahun hadapan.

Paling Popular