Di SARAWAK, keadaan banjir bertambah buruk dengan mangsa banjir meningkat kepada 11,234 orang daripada 3,187 keluarga di enam bahagian di negeri ini.
KUCHING, 31 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah mengerahkan anggota tambahan dari Zon Miri dan Sibu ke Bintulu bagi memperkukuhkan operasi penyelamatan mangsa banjir di kawasan yang terjejas.
KUCHING, 31 Jan: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi bersama agensi berkaitan komited memulihkan perkhidmatan utiliti serta telekomunikasi di beberapa lokasi dengan pantas dan selamat susulan terdapat gangguan akibat bencana banjir.
MIRI, 31 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melakukan tinjauan ke lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, di sini, hari ini.
KUCHING, 31 Jan: Dunia kepimpinan sering dikaitkan dengan kuasa dan status namun Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuktikan bahawa kesederhanaan dan sikap mesra rakyat adalah kunci kepada kepimpinan yang dihormati.