Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nasional

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri terjejas semakin menurun pagi ini kepada 94,636 orang berbanding 99,823 orang malam tadi, manakala angka kematian akibat banjir yang telah dilaporkan kekal pada tujuh orang.

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi keselamatan yang berhempas pulas menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang di negeri itu.

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan rantau ASEAN kepada pasaran global sebagai hab strategik di Asia Tenggara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan pasukan keselamatan, petugas kesihatan serta seluruh agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa banjir ketika ini.

KOTA KINABALU, 2 Dis : Proses pelaksanaan Fasa 2 Jalinan Digital Negara (JENDELA) dijangka bermula tahun depan namun prestasi kontraktor pelaksana dalam hasa pertama di Sabah masih belum memuaskan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Paling Popular

No results found.