Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nasional

SUBANG JAYA, 3 April: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu atau maklumat tidak tepat mengenai insiden kebakaran gas di Putra Heights pada Selasa.

SEREMBAN, 3 April: Seramai 65 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir kilat membabitkan tiga perkampungan di Jelebu sejak tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR, 3 April: Kementerian Pengangkutan, melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mengambil langkah meringankan beban mangsa kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, dengan membuka kaunter bergerak di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, dekat sini.

KUALA LUMPUR, 3 April: Kerajaan tidak berhasrat untuk mengenakan tarif timbal balas kepada Amerika Syarikat (AS), meskipun negara dikenakan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus ke atas import Malaysia yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump lewat pagi tadi.

KUALA LUMPUR, 3 April: Syarikat penjualan kereta Carro bersetuju menyumbang sebanyak 30 kenderaan untuk kegunaan sementara mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Paling Popular

No results found.