Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nasional

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan kepintaran politik yang luar biasa sebagai pengerusi ASEAN dalam mendepani cabaran yang dihadapi rantau ini, termasuk yang di luar jangka selepas beliau menggalas tanggungjawab kepengerusian blok itu daripada Laos pada Oktober lepas.

PUTRAJAYA, 1 Mei: Malaysia menggesa supaya genjatan senjata semasa di Myanmar yang dijadual tamat pada Rabu, dilanjutkan dan diperluas bagi memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan adalah selamat dan tanpa halangan, khususnya di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.

KAJANG, 1 Mei: Kementerian  Kesihatan (KKM) mengeluarkan 43,455 notis kesalahan berkaitan kawalan produk merokok melibatkan anggaran kompaun RM10,424,350, sejak Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) berkuat kuasa pada 1 Okt 2024 hingga 20 April lepas.

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Lebih 10,000 warga kerja dari sektor awam dan swasta dijangka memeriahkan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

KUALA TERENGGANU, 1 Mei: Polis Terengganu menyita tiga kereta, wang tunai serta pelbagai barangan kemas bernilai RM981,500 yang disyaki hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.

Paling Popular

No results found.