Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

MUNICH, 29 Jun: Beberapa kegagalan sistem penukaran landasan kini menyukarkan perjalanan antara Bandar Munich di selatan Jerman dengan kawasan kaki bukit Alpine bagi pelancong, pengunjung harian dan penumpang ulang-alik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

ANKARA, 29 Jun: Syria pada Ahad menafikan laporan media yang mendakwa berlaku cubaan membunuh Presiden Ahmad al-Sharaa semasa lawatannya ke wilayah selatan Daraa, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

NEW DELHI, 29 Jun: Sekurang-kurangnya 34 orang maut, empat dilaporkan hilang dan 74 cedera berikutan hujan monsun dalam tempoh sembilan hari lepas di negeri Himachal Pradesh, utara India, lapor Xinhua memetik pegawai pada Ahad.

BEIJING, 29 Jun: Kementerian Sumber Air China mengaktifkan pada Ahad tindak balas kecemasan Tahap 4 terhadap banjir di Chongqing, Sichuan dan Gansu susulan pusingan baharu hujan lebat, lapor Xinhua.

BERLIN, 29 Jun: Perkhidmatan Cuaca Jerman pada Ahad mengeluarkan amaran untuk kawasan selatan dan barat negara itu susulan gelombang haba di seluruh benua Eropah yang dijangka semakin buruk dalam beberapa hari akan datang, dengan suhu mencecah puncak 39 darjah Celsius pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Paling Popular

No results found.