Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

LONDON, 26 Ogos: Lebih 100 orang dipindahkan dan dua dibawa ke hospital selepas kebakaran melanda sebuah bangunan di Dagenham, London Timur, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos: Keakraban secara peribadi yang ditunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah cukup bermakna, dan akan dijaga sebaiknya bagi memupuk hubungan lebih erat antara Malaysia dan Brunei, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos: Malaysia dan Brunei hari ini memeterai tiga dokumen dua hala pada Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 antara kedua-dua negara di Istana Nurul Iman di sini.

GAZA, 26 Ogos: Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh dan 66 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 40,435 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 93,534 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di seluruh kawasan konflik kerana pasukan tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam. -TVS

JAKARTA, 26 Ogos: Jumlah mangsa banjir yang melanda kampung Rua, Ternate, Maluku Utara pada Ahad terus meningkat kepada 14 maut, lapan cedera manakala lima lagi dilaporkan hilang.

Paling Popular

No results found.