NEW YORK, 24 Sept: Lubnan berkemungkinan berubah menjadi seperti Gaza di tengah-tengah serangan yang semakin meningkat antara Israel dan Hizbullah, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad, lapor Xinhua memetik satu sumber berita.
BIRJAND, 23 Sept: Letupan di sebuah lombong arang batu di Khorasan Selatan telah meragut sekurang-kurangnya 38 nyawa, menurut gabenor jeneral wilayah itu Javad Ghenaat, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
ABU DHABI, 23 Sept: Hospital medan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Rafah mengalu-alukan kunjungan delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menilai inisiatif perubatan, mewujudkan mekanisme kerjasama, bertukar pengetahuan serta menyerlahkan sumber dan peralatan perubatan UAE yang didedikasikan untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.
GAZA, 23 Sept: Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Ahad dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal di barat Bandaraya Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
TOKYO, 23 Sept: Naib Menteri Luar Jepun pada Isnin akan membincangkan kejadian seorang murid sekolah warga negara itu yang maut ditikam di Beijing, kata kementerian luar negara itu.