Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

MOGADISHU, 18 Okt: Tujuh orang termasuk anggota polis terbunuh pada Khamis selepas seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di persimpangan sibuk di Mogadishu, ibu kota Somalia, menurut polis.

KIGALI (Rwanda), 18 Okt: Afrika mencatatkan 50 kematian baharu akibat mpox pada minggu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kematian sejak awal tahun ini, menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

JAKARTA, 17 Okt: Sekurang-kurangnya 70 orang termasuk nelayan terkandas di jeti milik syarikat Sumber Baja Prima (SBP) di wilayah Tegalbuled, Sukabumi, Jawa Barat susulan ombak besar mencecah 3.5 meter memusnahkan jambatan penghubung jeti terbabit pada Khamis.

TOKYO, 17 Okt: Strain selesema burung yang sangat patogenik dikesan dalam ayam di sebuah ladang ternakan di Hokkaido, Jepun selepas beberapa ayam ditemukan mati, menandakan wabak pertama yang disahkan di negara itu untuk musim ini.

ISTANBUL, 17 Okt: Seorang lelaki ditemukan masih hidup selepas 67 hari terapung di Laut Okhotsk di timur jauh Rusia dalam insiden maritim yang meragut dua nyawa, lapor Agensi Anadolu (AA).

Paling Popular

No results found.