Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

RIGA, 21 Jun:  Kabel kuasa bawah laut Estlink 2, menghubungkan Estonia dengan Finland yang mengalami kerosakan hujung tahun lepas kini kembali beroperasi sepenuhnya dan disambungkan semula ke pasaran elektrik, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

CHANGSHA, 21 Jun: Sejak hujan lebat berterusan melanda Wilayah Hunan di tengah China, lebih 53,000 penduduk telah dipindahkan di Wilayah Autonomi Xiangxi Tujia dan Miao, Zhangjiajie, Changde dan Huaihua setakat 5 petang Jumaat, menurut Pejabat Suruhanjaya Pengurusan Kecemasan Wilayah, lapor Xinhua.

LONDON, 20 Jun:Penyanyi R&B Chris Brown mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cubaan menyebabkan kecederaan parah dalam satu insiden serangan menggunakan botol di sebuah kelab malam di London, lapor PA Media/dpa.

TEHRAN, 20 Jun: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya melaksanakan dan menguatkuasakan Resolusi 487 yang diterima pakai pada 1981 sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif Israel ke atas kemudahan nuklear Iraq, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

BERLIN, 20 Jun: Jerman bersiap sedia untuk menghadapi gelombang haba, dengan suhu dijangka mencecah sehingga 37 darjah Celsius, menurut Perkhidmatan Cuaca Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Paling Popular

No results found.