Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

BERLIN, 4 Jan: Pemimpin Parti Rakyat Eropah (EPP) konservatif di Parlimen Eropah menggesa bertindak balas sekiranya Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU), dengan cadangan tarif EU tertumpu kepada syarikat digital AS, lapor agensi berita Jerman dpa.

SEOUL, 4 Jan: Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) tidak mengendahkan permintaan polis untuk hadir ke sesi soal siasat pada Sabtu, sehari selepas menggagalkan percubaan agensi antirasuah negara untuk menahan presiden yang dalam proses pendakwaan, Yoon Suk Yeol, lapor Agensi Berita Yonhap.

KAHERAH, 4 Jan: Sebuah pesawat milik Ural Airlines Rusia terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Sharm el-Sheikh, Mesir, akibat kerosakan teknikal sejurus selepas berlepas, menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

QUITO, 4 Jan: Presiden Ecuador Daniel Noboa pada Jumaat mengisytiharkan darurat selama 60 hari di tujuh wilayah dan tiga majlis perbandaran susulan ketegangan dalaman yang semakin meningkat serta konflik bersenjata, lapor Xinhua.

YANGON, 4 Jan: Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Sabtu mengumumkan kira-kira 6,000 banduan dibebaskan bersempena sambutan ulang tahun ke-77 Hari Kemerdekaan negara itu, menurut perintah rasmi majlis itu, lapor Xinhua.

Paling Popular

No results found.