Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

ANKARA, 4 Jan: Sekurang-kurangnya 59 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di utara Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak Oktober 2023 meningkat kepada 45,717 orang, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Sabtu.

DUSSELDORF, 4 Jan: Seorang Ahli Parlimen Jerman daripada Parti Demokrat Sosial (SPD) berhaluan kiri tengah, Helge Lindh, menerima surat ancaman daripada kumpulan berhaluan kanan jauh, lapor agensi berita Jerman (dpa).

SHIJIAZHUANG, 4 Jan: Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

NEW DELHI, 4 Jan: Sekurang-kurangnya 19 penerbangan dilencongkan, lebih 200 penerbangan sama ada dijadual semula atau ditangguhkan, manakala perkhidmatan 81 kereta api terganggu akibat jarak penglihatan sifar disebabkan kabus tebal di sekitar Delhi pada Sabtu, lapor Xinhua.

SEOUL, 4 Jan: Semua 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Paling Popular

No results found.