Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

LHASA, 8 Jan: Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa, susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda Daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pada pagi Selasa, lapor Xinhua.

SEOUL, 8 Jan: Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Selasa meluluskan lanjutan waran penahanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol yang berhadapan proses pendakwaan susulan tindakan singkat beliau menguatkuasakan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap.

GENEVA, 8 Jan: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menjelaskan bahawa peningkatan penularan virus pernafasan, khususnya “human metapneumovirus” (hMPV) di China, adalah sejajar dengan corak biasa musim sejuk, tanpa sebarang pengisytiharan kecemasan meskipun perkara itu mendapat perhatian ramai, lapor Agensi Anadolu (AA).

BEIJING, 7 Jan: Angka korban akibat gempa bumi kuat di kawasan sekitar Gunung Everest meningkat kepada 95 orang pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita rasmi China, Xinhua.

MOSCOW, 7 Jan: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memaklumkan yang ia melancarkan siasatan awal terhadap kemungkinan ciri  keselamatan maklumat terjejas,  dipercayai disebabkan serangan penggodam, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Paling Popular

No results found.