Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

GENEVA, 22 Jun: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor IAEA pada Isnin susulan serangan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

ANKARA, 22 Jun: Iran pada Ahad mengecam serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga tapak nuklearnya dan menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk bertindak, lapor Anadolu Ajansi (AA).

WASHINGTON, 22 Jun: Penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan unilateral Presiden Donald Trump pada Sabtu yang melancarkan serangan ke atas Iran tanpa mendapatkan kelulusan Kongres, lapor Anadolu Ajansi (AA).

TEHRAN, 22 Jun: Iran tidak berhasrat untuk menghentikan pembangunan industri nuklearnya selepas serangan ke atas beberapa kemudahan nuklear di Republik Islam itu, dan mengharapkan masyarakat antarabangsa mengecam serangan berkenaan, kata Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) dalam satu kenyataan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

SAMARKAND, 22 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Stesen Keretapi Laju Samarkand, Uzbekistan hari ini bagi menghadiri Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025, yang dijadual berlangsung esok.

Paling Popular

No results found.