Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

BANDARAYA GAZA (Palestin), 20 Jan: Puluhan trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dijangka memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad susulan penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata, kata seorang pegawai Palestin.

NEW DELHI, 20 Jan: Selepas hampir tiga hari pemburuan, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada Ahad yang disyaki menikam bintang terkenal Bollywood, Saif Ali Khan, di ibu kota kewangan India, Mumbai, lapor Xinhua.

ISTANBUL, 20 Jan: Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza membawa “harapan yang amat diperlukan” ketika jeda dalam pertempuran bermula pada Ahad berikutan konflik selama 15 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

MOSCOW, 20 Jan: Eropah perlu mempertimbangkan untuk mengikuti langkah Amerika Syarikat mengharamkan TikTok, kata Menteri Luar Estonia, Margus Tsahkna, pada Ahad, selepas mendakwa platform perkongsian video pendek itu menyebarkan maklumat palsu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

WASHINGTON, 20 Jan: Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan pada Ahad, beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi, sambil menyatakan hasratnya agar Amerika Syarikat (AS) memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan.

Paling Popular

No results found.