Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

THE HAGUE (Belanda), 31 Jan: Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.

WASHINGTON, 30 Jan: Sebanyak 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac susulan perlanggaran antara sebuah pesawat penumpang dan helikopter Black Hawk milik tentera berhampiran Reagan National Airport di Washington, D.C. pada Rabu, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

HAMILTON (Kanada), 30 Jan: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu melaporkan bahawa hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu, menurut Agensi Anadolu.

JAKARTA, 30 Jan: Sebuah bot laju yang membawa 16 penumpang karam di perairan Wilayah Kalimantan Utara, Indonesia, pada Rabu, mengorbankan empat orang manakala empat lagi masih hilang, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pegawai kanan pasukan penyelamat tempatan.

KAHERAH, 30 Jan: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai,” lapor Agensi Anadolu (AA).

Paling Popular

No results found.