Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

RIYADH, 25 Feb: Arab Saudi menekankan keperluan untuk memberi tumpuan terhadap situasi hak asasi manusia di Palestin dan wilayah Arab yang diduduki di tengah perkembangan yang sedang berlaku.

ANTANANARIVO, Madagascar, 25 Feb: Angka korban akibat hujan lebat yang melanda Madagascar sejak 14 Feb meningkat kepada 22 orang, lapor Xinhua yang memetik laporan terkini Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan (BNGRC) pada Isnin.

KAHERAH, 24 Feb: Mesir pada Isnin menyatakan bahawa negara itu mampu membina semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat perang dalam tempoh sesingkat mungkin selepas serangan ganas Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

AUGSBURG (Jerman), 24 Feb: Ahli Parlimen pekak pertama di parlimen Jerman, Heike Heubach daripada Parti Demokratik Sosial (SPD) akan terus berkhidmat di dewan rendah selama empat tahun lagi, menurut keputusan awal pada Isnin, lapor agensi berita Jerman, dpa.

ISTANBUL, 24 Feb (Bernama-Xinhua) — Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah ditahan selepas menembak seorang pemilik restoran dan menjadikan beberapa pelanggan sebagai tebusan pada Isnin di barat laut Turkiye, lapor Xinhua memetik media tempatan NTV.

Paling Popular

No results found.