KUALA LUMPUR, 7 Mac: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Utara Sumatera, Indonesia, 8.42 malam tadi.
BEIJING, 7 Mac: China menyokong pelan untuk memulihkan keamanan di Gaza yang dimulakan oleh Mesir dan negara Arab yang lain, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Jumaat.
FRANKFURT, 7 Mac: Pekerja sektor awam dan kakitangan darat di 11 lapangan terbang Jerman, termasuk hab utama Frankfurt dan Munich, dijangka akan melancarkan mogok pada Isnin susulan pertikaian gaji yang berterusan, umum Kesatuan Sekerja Verdi, lapor agensi berita Jerman dpa.
LONDON, 7 Mac: Eurostar menggantung perkhidmatan kereta api antara London dan Paris selepas penemuan bom Perang Dunia Kedua yang tidak aktif berhampiran stesen Gare du Nord ibu negara Perancis, lapor agensi berita Jerman dpa.
TOKYO, 7 Mac: Jepun pada Jumaat menyuarakan “keyakinan penuh” bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian keselamatan dua hala untuk mempertahankan negara Asia itu, selepas Presiden Donald Trump mempersoalkan pakatan yang telah lama wujud itu, menyifatkannya sebagai tidak saling menguntungkan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Copyright © 2025 Sarawak Media Group Sdn Bhd 201801013814 (1275830-A)