Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

BEIJING, 8 Mac: China bersedia bekerjasama dengan negara ASEAN untuk mempertingkatkan komunikasi, mengelak gangguan dan mencapai kesepakatan bagi memuktamadkan Kod Tatalaku Laut China Selatan (COC) lebih awal, bagi menjadikan kawasan itu sebagai laut yang aman, didukungi dengan persahabatan dan kerjasama, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Jumaat.

ISTANBUL, 7 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengesahkan beliau telah menghantar surat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, menggesa rundingan bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear, lapor Anadolu Ajansi (AA).

JAKARTA, 7 Mac: Presiden Indonesia Prabowo Subianto menerima kunjungan lapan tokoh perniagaan terkemuka di Istana Presiden di Jakarta pada petang Khamis untuk perbincangan strategik mengenai ekonomi negara dan program utama kerajaan yang sedang berjalan.

SINGAPURA, 7 Mac: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai kewujudan imej “deepfake” beliau yang digunakan oleh penipu untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan, termasuk skim menjana wang dan perkhidmatan permohonan pemastautin tetap.

ISTANBUL, 7 Mac: Pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat merancang untuk menutup 12 konsulat terutamanya di Eropah Barat menjelang musim panas ini dan sedang mempertimbangkan pengurangan tenaga kerja, yang berpotensi menjejaskan usaha membina perkongsian dan mengumpul maklumat perisikan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Paling Popular

No results found.