Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

GENEVA, 29 Mac: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat memberi amaran bahawa 58 juta orang berisiko kehilangan bantuan penting yang menyelamatkan nyawa dalam 28 operasi tindak balas krisis paling kritikal agensi itu melainkan pembiayaan baharu diterima segera, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

BANGKOK, 28 Mac: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mengarahkan Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan Bangkok sebagai kawasan darurat berikutan gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud menggegarkan ibu negara Thailand.

BANGKOK, 28 Mac: Tiga individu disahkan maut manakala puluhan lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan runtuh susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan menggegarkan ibu negara Thailand pada tengah hari Jumaat.

BANGKOK, 28 Mac: Gempa bumi kuat dilaporkan melanda ibu negara Thailand pada Jumaat, menggegarkan bangunan, menyebabkan penduduk lari bertempiaran dan mencetuskan panik di seluruh bandar.

NEW YORK, 28 Mac: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) memberi amaran mengenai timbunan sampah yang semakin kritikal di Gaza yang membahayakan kesihatan awam dan nyawa penduduk, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Paling Popular

No results found.