Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

GENEVA, 5 April: UNHCR, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), merayu dana berjumlah US$16 juta bagi membantu 1.2 juta mangsa yang terselamat daripada gempa bumi dahsyat di Myanmar minggu lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

WASHINGTON, 4 April: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau akan memberikan lanjutan 75 hari tambahan kepada ByteDance untuk menjual aplikasi perkongsian video popular TikTok kepada syarikat bukan milik China atau berdepan risiko diharamkan di AS.

GENEVA, 5 April: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menerima pakai dua resolusi yang dikemukakan oleh Negara Palestin, yang menegaskan semula bahawa amalan penjajahan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur adalah tidak sah di sisi undang-undang dan mendukung hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri sebagai hak yang tidak boleh dinafikan.

NAYPYIDAW (Myanmar), 5 April: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili Malaysia tiba di Myanmar, hari ini, bagi melaksanakan misi kemanusiaan ke Myanmar susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas.

MOSCOW, 5 April: Golongan paling kaya di dunia mengalami kerugian terkumpul sebanyak AS$208 bilion (RM919 bilion) dalam tempoh 24 jam susulan pengumuman tarif import baharu oleh Amerika Syarikat, menurut data Indeks Bilionair Bloomberg (BBI) yang dikumpulkan Bloomberg pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Paling Popular

No results found.